(Surah al-Kahfi,ayat 49)
Kehidupan
manusia tidak konsisten di jalan Tuhan apabila keyakinan tidak tertanam
kukuh dalam hatinya. Sekiranya hati tidak mantap bahkan percaya
pembalsan mereka dimuka bumi ini bukanlah yang terakhir bagi mereka,maka
selagi itulah manusia yang terbatas ini tidak percaya dia akan hidup di
alam lain yang layak diperjuangkan.
Apabila
seseorang menyedari adanya hari pembalasan dan Tuhan adalah penguasa
tungggal dalam erti yang sesungguhnya,maka ketika itu dia berasa tenang
walaupun dia dianiaya oleh pihak lain kerana apabila adanya hari
pembalasan,sekiranya dia tidak membalasdidunia maka Tuhan (Allah) raja
hari pembalasan itu yang akan membalas bagi pihaknya..
Memang
kita sering menjumpai mereka yang menerima balasan akibat perbuatan
mereka didunia. Sekiranya kita perhatikan ada jugak mereka yaang ditimpa
kesengsaraan akibatperbuatan mereka yang mengingkari perintah-Nya,namun
begitu iahanya sebahagian sahaja bukan secara keseluruhan kerana kita
sering jugak menemui orang yang hidup dalam nikmat dan kelazatan
tanpamengalami sedikit kesedihan pun..tetapi ingat meraka ini tidak
mungkin akana terlepas dari rasa gelisah dan resah akibat perbuatan nya.
Sebaliknya
kita sering melihat orang yang baik-baik ditimpakan musibah,hak-hak
mereka dirampas sekalipun demikian mereka tetap mengsyukuri apa yang
diterima seperti ketenangan,kesihatan,keselamatan,kebersiahan harta
benda serta akhlak yang terjaga..
Tetapi semua ini bukan lah ganjaran yang setimpal bagi mereka.
Apabila tiba hari pembalasan nanti setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan..
Seandainya baik perbuatannya maka baik lah balasan nya begitu juga sebaliknya...
Kesimpulannya..
Keyakinan
akan adanya hari pembalasan memberikan kita pengertian hidup. Tanpa
keyakinan itu,segalanya akan diukur dengan apa yang kita buat sekarang
dan apa hasilnya kelak..
Manakala
alangkah banyaknya perkara yang kita dituntut melakukan tanpa meraih
hasilnya sekarang,serta alangkah banyaknya juga perkara yang hasilnya
tidak mungkin disini ganjarannya..
Moga jumpa lagi..
Moga-Moga...