"Dunia ialah Perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"


Dalam al-Quran ada disebut bahawa "wanita" adalah salah satu perhiasan dunia yang sangat diminati oleh setiap lelaki. Perhiasan adalah sesuatu yang menambah seri suasana,menyejukkan hati dan mata.
Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga,demikianlah hati apabila melihat perhiasan.

Tapi kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? 

Malah..ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau...
Ini kerana..garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki..:)

Seorang manusia bergelar Nabi..
manusia lelaki pertama dicipta Allah pernah menghuninya.
Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat atas perintah Allah SWT.
Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi.

Namun ditengah keindahan syurga jauh disudut hatinya masih ada satu kekosongan..
Mengapa?
Kerani tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga..Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita.
Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Bidadari yang cantik jelita juga wanita...

Lalu..boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita?
Setiap akal dan hati tahu jawapannya...

Ya..
Tanpa wanita sunyi sepilah dunia.
Tidak banggakah anda menjadiseorang wanita?

Persoalannya,
cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Apapbila hati diserahkan kepada Allah kekal lah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikan nya kekal lah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajah nya mengundang pembelaan dari hati yang menjadikan hamba Tuhan dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.
Inilah wanita sejati yang bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah SAW"


"Dunia ialah Perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"
Didunia bidadari mencemburui kesolehannya dan diakhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.Sebaliknya jika hati dibawa jauh dari Allah,hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi kemelut serta kacau bilau.

Apabila seorang wanita lari dari ikatan Tuhan nya maka terbukalah segala pintu yang menjerumuskan dia ke lembah fitnah hilang lah redup wajah yang menjadi dambaan dan diesploitasi oleh manusia buas yang menjadi  hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik.
Jika bunga plastik disembur pewangi harumnya lebih kuat daripada haruman bunga bunga sejati..tapi haruman nya tidak kekal. Keharuman bunga plastik bukanlah miliknya yang sebenar ia keharuman palsu yang bersifat luaran.
Berbeza dengan bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. 

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah..
Si gadis dihiasi sifat sopan dan malu, si anak mentaati ibu bapa.. 
srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat,si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. 
Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. 
Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. 
Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. 

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! 

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. 
Wanita solehah yang membawa tenang. 

Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. 

Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. 

Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. 

Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. 

Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. 

Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Wallahualam...

-Sekadar perkongsian untuk peringatan diri dan apa salah nya untuk anda-anda jugak kan..:)

Jazakumullahu khairan Khatira..