Ramadhan Lesson Day 21-23: Dah rasa cukup baik cukup sempurna tapi tak pun sebenar nya...

gambaq kredit pakcik google




A: Jangan kutuk orang sangat beb..kata-kata belakang..

B: Alah dah memang betul si minah tu macam tu konon dah bertudung dah pakai sopan berubah la tu padahal nak cover diri die yang jahil ya amat..

A: Tak elok kau cakap macam tu mana tau dia dah betul-betul berubah,kau tahu orang pandang kau dah cukup baik dengan cara kau pakaian kau yang sopan tapi bila dah kenal nauzubillah...tak sangka aku kau macam ni..cepat betul kau judge orang aku tau la dari kecik kau dh di didik berkelakuan baik tapi tak semestinya orang yang jahat dulunya tak boleh nak berubah jadi baik...kau tak penah rasa jadi jahil kau tak tau..jangan fikir orang yang dah banyak beribadah tu banyak join aktiviti agama tu dah cukup sempurna keseluruhannya meski zahir nampak baik sejuk mata memandang tapi bati hanya tuhan je yang tau...:)
Aku pernah jahil aku tau perasaan tu...cari la jalan menuju redha-Nya bukan cari jalan kutuk-mengutuk bagi membezakan kau dengan orang lain yang belum cukup bagus dimata kau..mana tau dia cukup bagus dimata-Nya..:)

B: Emm...


Tak perlu bangga sebenar nya kalau dah rasa sembahyang dah banyak,ibadah banyak,zikir wirid dah banyak,kerja agama sudah banyak dibuat,suruhan-Nya pun dah banyak buat,tutup aurat memang dari kecik lagi dah dididik dah dibuat,pakaian-pakaian yang disarungkan pun dah cukup banyak buat orang cakap kau ni baik...
tapi tak pun sebenar nya selagi kau masih pikir kau ni dah cukup baik cukup layak untuk mengadili orang tu jahat, orang tu tak elok kalau dia tak buat semua tu..
Mana hilang nya rasa kehambaan kau? tak pernah fikir?
Mana rasa takut kau pada Tuhan malah kau mengadili mereka seperti kau itu tuhan..
Sebab apa? sebab kebaikan zahir itu dah menutup semua..
Tanpa sedar itu adalah kejahatan yang paling besar ia telah mencabut rasa kehambaan..
Sedangkan rasa kehambaan itu yang Tuhan nak bila dicabut rasa kehambaan kau tak nampak masa tu mula lah datang rasa ketuanan,ingat diri berkuasa dah cukup bagus malah lagi teruk bila dibiarkan akan datang pula perasaan sombong,bongkak dan riak..bahaya tu bahaya...

Sekali pun Rasullullah lagi beratus-ratus kali ganda amalan nya dari kau takde pun dia nak riak takde pulak dia nak bangga malah dia lagi mengajak umat-umat beliau yang lain untuk kembali kepada-Nya dengan cara elok bukan dengan kata belakang,mengumpat dan sebagainya..

#Entri ni tak tujukan kat sapa-sapa pun if terasa aku mintak maaf takde niat pun nak buat kau terasa...aku manusia dan sebagai manusia pun kena sama-sama beringat..aku buat salah..kau tak pernah buat salah? fikir-fikir la..

SALAM RAMADHAN...


"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK"

"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."


"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil...


Entri 100% copy dari blog ni

#dan aku suka ulang baca blog tu sebenar nya fev blog ever...:D