Kegagalan


Kegagalan yang paling besar bukanlah bermakna kita gagal membina sesuatu yang mampu megah di mata orang tetapi kegagalan yang patut di sesali adalah kegagalan untuk melawan bisikan hati yang jahat..

Itu yang kita perlu kesalkan apabila kita tewas melawan nafsu dan bisikan syaitan ini kerana kita selalu tewas dalam peperangan yang ada dalam diri..
peperangan diantara bisikan kebaikan dan bisikan kejahatan...

Apalah gunanya dikagumi kerana kejayaan dalam membina sebuah empayar sedangkan dalam diri penuh dengan ketewasan pada bisikan yang halus...

Yakni bisikan syaitan...

" Maka ingatlah pula dan jaga-jaga, barang siapa niatnya membuka bagi dirinya satu pintu kebajikan dan kebaikan nescaya membuka Allah bagi dirinya tujuh puluh pintu taufik. Dan barang siapa niatnya membuka bagi dirinya satu pintu kejahatan dan ketiadaan baik nescaya membuka Allah ke atasnya tujuh puluh pintu kemunduran dan kesia-siaan. Maka pintu kebajikan itu dari baik niat dan pintu kejahatan itu dari niat jahat."

1 comment:

  1. btw aku baru je lepas tengok video iproduksi pasal hadis jenazah yang dipuji atau dicela .kadang kadang penerimaan nafsu kejahatan ni kuat gila :O tu yang tertewas T.T . kena banyak muasabah diri cengini .

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi