Ikhlas memurnikan ketaatan...



Ikhlas bermaksud memurnikan ketaatan hanya kepada Allah semata-mata. Ihlas merupakan senjata mukmin untuk mengalahkan syaitan selain merupakan kunci pembuka pintu syurga.

Ikhlas itu mempunyai bukti dan tanda-tanda yang banyak sekali contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis ( Seseorang yang mengerjakan sesuatu semata-mata kerana berbakti kepada Allah bukan kerana mengharapkan pujian, sanjungan, pangkat dan lain-lain.) dalam tindak-tanduknya,dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Diantaranya ialah:

1. Takutkan kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan tersebarnya kemasyhuran ke atas dirinya lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dengan cara sembunyi-sembunyi dan tidak secara terang-terangan atau didedahkan. Sebab andaikata kemahsyuran seseorang memenuhi seluruh angkasa lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya maka sedikitpun kemasyhuran itu tidak berguna di sisi Allah.

Maka dari itu zhud dalam masalah kedududkan kemasyhuran,penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar daripada zuhud dalam masalah harta,syahwat (nafsu) perut dan kemaluan.

Kemasyhuran itu sendiri bukan lah sesuatu yang tercela . Tiada yang lebih masyhur daripada para Anbia',al-Khulafa' ar-Rasyidin dan imam-imam mujtahidin tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran,takhta dan kedudukan serta sangat bercita-cita untuk mendapatkan nya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah sekali pun ia tetap menjadi uian bagi orang-orang yang lemah.

Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebutkan dalam hadith Abu Dzar daripada Rasullullah SAW bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah lalu orang ramai menyanjungnya Maka Baginda menjawab:

" Itu kurnia yang didahulukan ,sekaligus khabar yang mengembirakan bagi orang Mukmin."Ada pula lafaz lain,

" Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya.."

Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn-Majah,dari hadith Abu Hurairah bahwa ada seorang lelaki berkata,

" Wahai Rasullullah,ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya..Setiap kali melakukannya kembali maka dia pun berasa takjub kepadanya.."

Baginda bersabda, "Dia mempunyai dua pahala,pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan"

2. Beramal Secara Diam-diam.

Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi sebahagian dari suatu jemaah,ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya tetapi tidak terlihat oleh mata,tersembunyi didalam tanah. Seperti asas bangunan tanpa asas dinding tidak akan berdiri atap  tidak akan dapat dijadikan tempat berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan.

Mu'adz bin Jabal pernah berkata:
"Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan,bertaqwa dan menyembunyikan amalnya iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui.Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."


3.Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian

Tidak meminta pujian dan tidak bercita-cita untuk mendapatkannya.Jika seseorang memujinya maka dia tidak terkecoh dihadapan orang yang memujinya kerana memang dia lebih tahu tentang rahsia hati dan dirinya daripada orang lain yang boleh tertipu oleh penampilan dan tidak mengetahui tentang batinnya..

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a,bahawa jika dipuji orang lain maka berlia berkata,
" Ya Allah,jangan lah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan.Berikanlah kebaikan kepada ku dari apa yang tidak mereka ketahui.."

Ibn 'Atha'illah pula berkata,
"Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu,maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya."

4.Mencari Keredhaan Allah Bukan Keredhaan Manusia.

Mereka ini tidak memerlukan keredhaan manusia jika disebaliknya itu ada kemurkaan Allah SWT sebab setiap diantara satu sama lain saling berbeza dalam sikap,rasa,pemikiran,kecenderungan,tujuan dan jalan yang ditempuh.

Berusaha membuat manusia redha adalah sesuatu yang tiada penhujungnya tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Tetapi membuat Allah redha adalah kemuncak diterima amalan .

5. Sabar sepanjang perjalanan

Perjalanan yang panjang,lambatnya hasil yang diperolehi,kejayaan yang tertunda,kesulitan dalam bergaul tidak boleh membuatkannnyamenjadi malas,bersikap leka,mengundur diri atau berhenti ditengah jalan sebab dia berbuat demikian bukan lah sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan tetapi yang penting tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan menurut segala perintah-Nya.

Sebagaimana Nabi Nuh a.s pemuka para anbia hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun.Beliau berdakwah dan bertabligh namun hanya sedikit sahaja yang mahu beriman kepada baginda padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh,waktu dan bentuk dakwahnya juga sudah pelbagai cara sebagai mana yang di firmankan oleh Allah melalui perkataan baginda yang bermaksud:

71:571:6
71:7
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman),"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman),"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau." (Surah Nuh, Ayat:5-7)


#Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan Allah sudah terlebih dahulu mendahului mengingati kita kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal kita tak akan beramal, ini maknanya Allah yang pertama mendahului dalam segala apa urusan jangan sangka kita yang beramal sebenarnya Allah yang menggerakkan kita beramal.bersyukurlah kerana Allah masih gerakkan kita beramal..

Sekadar perkongsiaan..tegur jika salah..
Salam Jumaat..:)

12 comments:

  1. aku kadang2 buat kerja tak ikhlas .contohnya aku suka merungut .wuuwuwu jahat nya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya hamba yg selalu buat khilaf :)

      Delete
  2. semoga amalan yang kita buat semasa dimuka bumi ini diterima olehNya..

    ReplyDelete
  3. sharing is caring.. hee..

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA SINI ADA G.A TERBESAR MEI, HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #110
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    link G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..terima kasih tag..in shaa Allah kalau ada masa will join later..:)

      Delete
  5. Semoga kita semua tergolong dlm golongan org2 yg ikhlas dlm mmbuat apa2 saj pkerjaan (yg halal) niat semata-mata kerana Allah SWT. InshaAllah... :)

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi