Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita




Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Pagi-pagi buta ni aku spend masa untuk membaca buku yang tak terhabis lagi dibaca..
satu part dalam buku tu membuat aku tertarik untuk dikongsikan bersama...
Terutama kepada kaum hawa seperti aku juga...
perkongsian ni dibawah tajuk " Kenapa Kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri daripada Wanita "
dibawah ni adalah salah satu point yang aku ringkaskan dari pembacaan aku..
  • Pesona, daya tarik dan pengaruh

Ahli jiwa bersepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanamkan lelaki . al-Quran sendiri telah meletakkan kaum wanita sebagai pendorong nafsu keinginan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas ,sawah dan ladang . Itulah kenikmatan hidup di dunia , sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah.."

(surah Ali Imran: ayat 14)



dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini disebabkan tabiat lelaki itu mencari wanita,sedangkan wanita memancing dan menunggu dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk melakukan apa sahaja demi wanita. kerana hakikatnya wanita lebih mempesonakan lelaki darpada lelaki mempesonakan wanita..Hakikat itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita"



Dr. Muhammad Said Ramadhan al-buti berkata,

" wanita mampu, jika dia mahu untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dasyat kepada lelaki sehingga tidak dpat menghindarinya , dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak dan faktor pokoknya ialah wanita. Kerana itu tugas Islam yang paling besar yang diletakkan pada bahu wanita ialh supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka"



Sungguh serius penekanan tentang melindungi atau menyembunyikan senjata pesona (aurat),
separuh jalan aku menulis entri ni aku termenung sebentar , mengenangkan kembali apa yang aku buat dulu..
Ya Allah sungguh memalukan..
Aku mula sedar....

* Jangan terlalu obses dengan kecantikan fesyen duniawi sehingga bahagian yang patut kita selamatkan dari pandangan mata ajnabi kita dedahkan dengan rela..
begitu juga kalau bertudung jangan kepala sahaja bertudung tetapi badan seperti tidak berbaju jika sebahagian darinya sudah ditutup sempurna kenapa tak kesemua anda tutup dengan sempurna.. 
fahamkan maksud aku..

Selamat malam...........
Wassalam....

p/s: walaupun di alam maya ni tiada siapa yang pernah lihat dan tau siapa aku tapi di alam realiti ramai sahaja yg melihat aku..hmm..

Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

" Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..