Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..

10 comments:

  1. sama-sama kita mengabdikn diri kepadaNya.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah =]
    menjadi fulltime hamba Allah dengan sepenuh keimanan..



    p.s: buat x tawu? tamolah..nak tye gak..itam pink plak?heheheee..=p

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tq for sharing friend ;)

    ReplyDelete
  4. tengs share apa yang anda pikirkan.. gaya bahasa encik mmg best.. :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing :)

    p/s : yang penting han happy berblog. SEO tu kepuasan diri. lau han suka edit template, itu kepuasan diri sendiri la. hehe xD

    ReplyDelete
  6. Saiazuan: insyaAllah..:)

    mimito: hahahk yup hitam pink pulak..saje test wrna apa yg sesuai..haha

    iffah: heheh..

    kartini: my pleasure..^_^

    syahiroahmad: thanks but..encik err.. =="

    Keroro: thanks..
    ^_^ kepuasan diri tu perlu..

    ReplyDelete
  7. pengabadian..
    kepuasan diri..

    tak tau nak komen macam mana. hana faham tak komen sha dua kat atas tu?

    ReplyDelete
  8. semoga kita terus taat beribadah kepadaNya..:)

    #da bertukar template lagi...hee~

    ReplyDelete
  9. org selalu kata nak berubah tu mmg senang.. nak istiqamah tu yg susah.. ada betulnya juga... klu dalam konteks pengamdian diri lah =p

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi