Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita




Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Pagi-pagi buta ni aku spend masa untuk membaca buku yang tak terhabis lagi dibaca..
satu part dalam buku tu membuat aku tertarik untuk dikongsikan bersama...
Terutama kepada kaum hawa seperti aku juga...
perkongsian ni dibawah tajuk " Kenapa Kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri daripada Wanita "
dibawah ni adalah salah satu point yang aku ringkaskan dari pembacaan aku..
  • Pesona, daya tarik dan pengaruh

Ahli jiwa bersepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanamkan lelaki . al-Quran sendiri telah meletakkan kaum wanita sebagai pendorong nafsu keinginan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas ,sawah dan ladang . Itulah kenikmatan hidup di dunia , sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah.."

(surah Ali Imran: ayat 14)



dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini disebabkan tabiat lelaki itu mencari wanita,sedangkan wanita memancing dan menunggu dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk melakukan apa sahaja demi wanita. kerana hakikatnya wanita lebih mempesonakan lelaki darpada lelaki mempesonakan wanita..Hakikat itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita"



Dr. Muhammad Said Ramadhan al-buti berkata,

" wanita mampu, jika dia mahu untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dasyat kepada lelaki sehingga tidak dpat menghindarinya , dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak dan faktor pokoknya ialah wanita. Kerana itu tugas Islam yang paling besar yang diletakkan pada bahu wanita ialh supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka"



Sungguh serius penekanan tentang melindungi atau menyembunyikan senjata pesona (aurat),
separuh jalan aku menulis entri ni aku termenung sebentar , mengenangkan kembali apa yang aku buat dulu..
Ya Allah sungguh memalukan..
Aku mula sedar....

* Jangan terlalu obses dengan kecantikan fesyen duniawi sehingga bahagian yang patut kita selamatkan dari pandangan mata ajnabi kita dedahkan dengan rela..
begitu juga kalau bertudung jangan kepala sahaja bertudung tetapi badan seperti tidak berbaju jika sebahagian darinya sudah ditutup sempurna kenapa tak kesemua anda tutup dengan sempurna.. 
fahamkan maksud aku..

Selamat malam...........
Wassalam....

p/s: walaupun di alam maya ni tiada siapa yang pernah lihat dan tau siapa aku tapi di alam realiti ramai sahaja yg melihat aku..hmm..

Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..

Tetamu terakhir disaat pengakhiran kehidupan duniawimu



Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Entri kali ni adalah kesinambungan dari entri yang lepas..


Seperti apa yang tertulis pada entri yang lepas aku pasti tak semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kita pada malam pertama di alam kubur..
Yang pastinya orang yang pergi membawa amal yang penuh pasti akan kurang sedikit rasa takut pada malam pertama dia dikubur kerana dia diterangi cahaya yang menerangi kegelapan di alam tersebut begitu juga sebaliknya.

Anas r.a pernah berkata:

" Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah ,baik dengan membawa keredhaan-Nya ( hari kewafatan ) , dan kedua iaituhari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal , dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam , adalah malam pertama kali didalam kubur dan malam dimana pagi harinya dilenyapkan tatkala Hari Kiamat."

Berbalik kepada tajuk..
tahukah anda siapa tetamu terakhir tersebut??

Ketahuilah bahawa
kedatangan dia bukan lah kerana dahagakan hartamu yang bertimbun-timbun,
Kedatangan dia bukanlah kerana mahu dihidangkan makanan yang lazat daripadamu,
Kedatangan dia juga bukanlah kerana ingin meminta bantuan untuk membayar hutangnya atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu diselesaikan..
tidak sama sekali!!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Tiada siapa pun dikalangan kalian yang mampu mengagalkan misi nya meskipun dunia sekarang sedang gah dengan kuasa nuklear yang mampu membinasakan sesebuah jajahan dengan sekelip mata pun tidak mampu membinasakan misi nya.Wlaupun anda tinggal didalam istana yang serba lengkap dengan sistem kawalan yang serba lengkap, anda tidak akan dapat juga mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu..

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk,meminta izin tau membuat temu janji terlebih dahulu dia akan datang bila-bila waima dalam keadaan apa sekalipun..
Ketika kamu sedang sibuk atau bersenang-senang, sedang sihat atau pun sakit , semasa anda kaya atau sedang jatuh miskin , Sedang berfoya-foya tauapun sedang beribadah..

Sahabatku sekalian,
pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah , ia tidak akan dipengaruhi oleh ucapan manis mu yang dulu dapat mencairkan hati mana-mana wanita yang lemah atau merasuk mana-mana lelaki supaya sujud didepanmu...tangisanmu dulu yang boleh membuatkan orang sekeliling simpati akan keperitan dan kesedihan yang kamu lalui..Bahkan jika disogok denga harta setinngi langit pun dia tetap tidak akan berpaling dari urusanyang telah ditetapkan itu..

Sungguh!!
dia hanya mahu kan kamu bukan orang atau pun benda lain.. dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu!!!
DIA LAH MALAIKAT MAUT!!

Allah SWT berfirman:
" Katakanlah , 'Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu ; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut itu sesuatu yang pasti?
Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut bakal mengakhiri hidupmu dan juga segala aktivitimu, menutup segala lembaran amalmu?
Sedarkah anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan perjalanan usia sudah mendekati destinasi terakhirnya?

Mana persiapanmu untuk bertemu malaikat maut wahai sahabat ku?
Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya, menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dialam kubur , di padang mahsyar, ketika perhitungan hisab , ketika diperlihatkan lembaran amal mu, ketika melintasi shirath dan berdiri dihadapan Allah Al-Jabbar??

Dari ' Adi bin hatim r.a dia berkata , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak seoarang pun dari kamu melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat , tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikan nya dan memandang yang lebih sial darinya,maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya.Lalu memandang dihadapannya ,maka ia tidak melihat selain neraka dihapan muka nya. kerana itu takut lah api neraka walaupun dengan sebelah biji kurma dan walaupun dengan ucpan yang baik." 
Akhir kata..
Muhasabah lah keatas dirimu begitu juga aku..
disaat masa lapang fikirkan lah betapa cepat berakhirnya waktu hidup ini..

SUMBER: Sebahagian dari pembacaan..

Ketakutan Pada Malam Pertama...

ehsan google
Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa lagi..
Apa khabar semuanya..
Syukur alhamdulillah jika baik-baik sahaja..
bagi yang kurang baik banyak-banyaklah bersabar ,bertawakal kepadanya dan akihir sekali redha dengan ujian-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya..

Berbalik kepada tajuk , Ketakutan Pada Malam Pertama??
Amboi laju je kau bila tengok tajuk malam pertama ye..
Tapi cerita kali ni
Bukanlah cerita malam pertama bagi yang dah berkahwin atau pun yang tak kawin lagi err..ade ke??
Tapi perkongsian/cerita kali ini berkisar tentang "Ketakutan Malam Pertama di Kubur"


Ibnu Umar berkata:
" Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya didunia . Tentu tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam rahim ibunya."


Siapa yang mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan nyata. Siapa yang tidak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh dan tidak ada lagi tipu helah yang dapat dilakukan walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah berkata-kata,pandai berbelit lidah,pandai memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi dialam barzah nanti , wajah mayat nya yang pucat itu jelas mengambarkan tiada guna lagi lidah yang dahulunya fasih berhujah.

Tangannya yang suatu ketika dulu menunjukkan kuasa akhirnya terikat dengan kapan sendiri.Kaki yang dulu kukuh menginjak kepala orang yang dianggap miskin dan hina kini menjadi habuan kala dan ular berbisa.Wajah yang dulu berseri-seri yang selalu dipuja-puja manusia kerana kecantikannya rosak binasa dimamah oleh semut tanah yang apabila mereka mula mengigit akan terasa sakit teramat sangat..
Mereka mula mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya , berpindah ke mulut busuk lantaran suka mengumpat, naik ke hidung yang sombong , kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan.Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi kerana marah akan kezaliman yang dilakukan dahulu.
Jika semua manusia boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa nescaya tiada lagi kehidupan dimuka bumi ini.

Masih adakah ketakutan yang lebih dasyat dari ketakutan melalui Malam Pertama di Kubur?
Bagaimana pula denga rasa sedih yang menghantui mayat terbuang sendirian?
Dimanakah isteri, anak dan saudara-mara yang dulu mengasihi?
Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan tidak lagi diperdulikan kamu yang sudah tiada..
Bagaimana perasaan lelaki atau wanita itu jika isteri atau suami mereka melupakan kisah cinta mereka berdua??

Perasaan sedih dan takut boleh mengoncangkan hati sesiapa saja didunia ini.
Tetapi kita boleh mengubati rasa sedih dan takut itu jika kita masih hidup..
Bagaimana pula bila kita sudah mati?
Siapa yang mahu menolong kita dari seksaan perasaan sebegitu?

Hanya Amal yang mampu menolong dan menemani ketika kita dalam ketakutan dan kesedihan ketika didlam kubur nanti.Mata yang membaca al-Quran , lidah yang suka berzikir, tangan yang sentiasa bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.Semuanya menjadi cahaya menyinar kegelapan didalam kubur kelak.
Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan kelak..



Renungan kembali:
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..



SUMBER: Sebahagian perkongsian melalui pembacaan.

* Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat...