Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita




Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Pagi-pagi buta ni aku spend masa untuk membaca buku yang tak terhabis lagi dibaca..
satu part dalam buku tu membuat aku tertarik untuk dikongsikan bersama...
Terutama kepada kaum hawa seperti aku juga...
perkongsian ni dibawah tajuk " Kenapa Kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri daripada Wanita "
dibawah ni adalah salah satu point yang aku ringkaskan dari pembacaan aku..
  • Pesona, daya tarik dan pengaruh

Ahli jiwa bersepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanamkan lelaki . al-Quran sendiri telah meletakkan kaum wanita sebagai pendorong nafsu keinginan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas ,sawah dan ladang . Itulah kenikmatan hidup di dunia , sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah.."

(surah Ali Imran: ayat 14)



dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini disebabkan tabiat lelaki itu mencari wanita,sedangkan wanita memancing dan menunggu dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk melakukan apa sahaja demi wanita. kerana hakikatnya wanita lebih mempesonakan lelaki darpada lelaki mempesonakan wanita..Hakikat itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita"



Dr. Muhammad Said Ramadhan al-buti berkata,

" wanita mampu, jika dia mahu untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dasyat kepada lelaki sehingga tidak dpat menghindarinya , dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak dan faktor pokoknya ialah wanita. Kerana itu tugas Islam yang paling besar yang diletakkan pada bahu wanita ialh supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka"



Sungguh serius penekanan tentang melindungi atau menyembunyikan senjata pesona (aurat),
separuh jalan aku menulis entri ni aku termenung sebentar , mengenangkan kembali apa yang aku buat dulu..
Ya Allah sungguh memalukan..
Aku mula sedar....

* Jangan terlalu obses dengan kecantikan fesyen duniawi sehingga bahagian yang patut kita selamatkan dari pandangan mata ajnabi kita dedahkan dengan rela..
begitu juga kalau bertudung jangan kepala sahaja bertudung tetapi badan seperti tidak berbaju jika sebahagian darinya sudah ditutup sempurna kenapa tak kesemua anda tutup dengan sempurna.. 
fahamkan maksud aku..

Selamat malam...........
Wassalam....

p/s: walaupun di alam maya ni tiada siapa yang pernah lihat dan tau siapa aku tapi di alam realiti ramai sahaja yg melihat aku..hmm..

Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..

Tetamu terakhir disaat pengakhiran kehidupan duniawimu



Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Entri kali ni adalah kesinambungan dari entri yang lepas..


Seperti apa yang tertulis pada entri yang lepas aku pasti tak semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kita pada malam pertama di alam kubur..
Yang pastinya orang yang pergi membawa amal yang penuh pasti akan kurang sedikit rasa takut pada malam pertama dia dikubur kerana dia diterangi cahaya yang menerangi kegelapan di alam tersebut begitu juga sebaliknya.

Anas r.a pernah berkata:

" Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah ,baik dengan membawa keredhaan-Nya ( hari kewafatan ) , dan kedua iaituhari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal , dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam , adalah malam pertama kali didalam kubur dan malam dimana pagi harinya dilenyapkan tatkala Hari Kiamat."

Berbalik kepada tajuk..
tahukah anda siapa tetamu terakhir tersebut??

Ketahuilah bahawa
kedatangan dia bukan lah kerana dahagakan hartamu yang bertimbun-timbun,
Kedatangan dia bukanlah kerana mahu dihidangkan makanan yang lazat daripadamu,
Kedatangan dia juga bukanlah kerana ingin meminta bantuan untuk membayar hutangnya atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu diselesaikan..
tidak sama sekali!!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Tiada siapa pun dikalangan kalian yang mampu mengagalkan misi nya meskipun dunia sekarang sedang gah dengan kuasa nuklear yang mampu membinasakan sesebuah jajahan dengan sekelip mata pun tidak mampu membinasakan misi nya.Wlaupun anda tinggal didalam istana yang serba lengkap dengan sistem kawalan yang serba lengkap, anda tidak akan dapat juga mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu..

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk,meminta izin tau membuat temu janji terlebih dahulu dia akan datang bila-bila waima dalam keadaan apa sekalipun..
Ketika kamu sedang sibuk atau bersenang-senang, sedang sihat atau pun sakit , semasa anda kaya atau sedang jatuh miskin , Sedang berfoya-foya tauapun sedang beribadah..

Sahabatku sekalian,
pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah , ia tidak akan dipengaruhi oleh ucapan manis mu yang dulu dapat mencairkan hati mana-mana wanita yang lemah atau merasuk mana-mana lelaki supaya sujud didepanmu...tangisanmu dulu yang boleh membuatkan orang sekeliling simpati akan keperitan dan kesedihan yang kamu lalui..Bahkan jika disogok denga harta setinngi langit pun dia tetap tidak akan berpaling dari urusanyang telah ditetapkan itu..

Sungguh!!
dia hanya mahu kan kamu bukan orang atau pun benda lain.. dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu!!!
DIA LAH MALAIKAT MAUT!!

Allah SWT berfirman:
" Katakanlah , 'Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu ; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut itu sesuatu yang pasti?
Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut bakal mengakhiri hidupmu dan juga segala aktivitimu, menutup segala lembaran amalmu?
Sedarkah anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan perjalanan usia sudah mendekati destinasi terakhirnya?

Mana persiapanmu untuk bertemu malaikat maut wahai sahabat ku?
Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya, menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dialam kubur , di padang mahsyar, ketika perhitungan hisab , ketika diperlihatkan lembaran amal mu, ketika melintasi shirath dan berdiri dihadapan Allah Al-Jabbar??

Dari ' Adi bin hatim r.a dia berkata , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak seoarang pun dari kamu melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat , tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikan nya dan memandang yang lebih sial darinya,maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya.Lalu memandang dihadapannya ,maka ia tidak melihat selain neraka dihapan muka nya. kerana itu takut lah api neraka walaupun dengan sebelah biji kurma dan walaupun dengan ucpan yang baik." 
Akhir kata..
Muhasabah lah keatas dirimu begitu juga aku..
disaat masa lapang fikirkan lah betapa cepat berakhirnya waktu hidup ini..

SUMBER: Sebahagian dari pembacaan..

Ketakutan Pada Malam Pertama...

ehsan google
Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa lagi..
Apa khabar semuanya..
Syukur alhamdulillah jika baik-baik sahaja..
bagi yang kurang baik banyak-banyaklah bersabar ,bertawakal kepadanya dan akihir sekali redha dengan ujian-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya..

Berbalik kepada tajuk , Ketakutan Pada Malam Pertama??
Amboi laju je kau bila tengok tajuk malam pertama ye..
Tapi cerita kali ni
Bukanlah cerita malam pertama bagi yang dah berkahwin atau pun yang tak kawin lagi err..ade ke??
Tapi perkongsian/cerita kali ini berkisar tentang "Ketakutan Malam Pertama di Kubur"


Ibnu Umar berkata:
" Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya didunia . Tentu tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam rahim ibunya."


Siapa yang mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan nyata. Siapa yang tidak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh dan tidak ada lagi tipu helah yang dapat dilakukan walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah berkata-kata,pandai berbelit lidah,pandai memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi dialam barzah nanti , wajah mayat nya yang pucat itu jelas mengambarkan tiada guna lagi lidah yang dahulunya fasih berhujah.

Tangannya yang suatu ketika dulu menunjukkan kuasa akhirnya terikat dengan kapan sendiri.Kaki yang dulu kukuh menginjak kepala orang yang dianggap miskin dan hina kini menjadi habuan kala dan ular berbisa.Wajah yang dulu berseri-seri yang selalu dipuja-puja manusia kerana kecantikannya rosak binasa dimamah oleh semut tanah yang apabila mereka mula mengigit akan terasa sakit teramat sangat..
Mereka mula mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya , berpindah ke mulut busuk lantaran suka mengumpat, naik ke hidung yang sombong , kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan.Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi kerana marah akan kezaliman yang dilakukan dahulu.
Jika semua manusia boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa nescaya tiada lagi kehidupan dimuka bumi ini.

Masih adakah ketakutan yang lebih dasyat dari ketakutan melalui Malam Pertama di Kubur?
Bagaimana pula denga rasa sedih yang menghantui mayat terbuang sendirian?
Dimanakah isteri, anak dan saudara-mara yang dulu mengasihi?
Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan tidak lagi diperdulikan kamu yang sudah tiada..
Bagaimana perasaan lelaki atau wanita itu jika isteri atau suami mereka melupakan kisah cinta mereka berdua??

Perasaan sedih dan takut boleh mengoncangkan hati sesiapa saja didunia ini.
Tetapi kita boleh mengubati rasa sedih dan takut itu jika kita masih hidup..
Bagaimana pula bila kita sudah mati?
Siapa yang mahu menolong kita dari seksaan perasaan sebegitu?

Hanya Amal yang mampu menolong dan menemani ketika kita dalam ketakutan dan kesedihan ketika didlam kubur nanti.Mata yang membaca al-Quran , lidah yang suka berzikir, tangan yang sentiasa bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.Semuanya menjadi cahaya menyinar kegelapan didalam kubur kelak.
Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan kelak..



Renungan kembali:
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..



SUMBER: Sebahagian perkongsian melalui pembacaan.

* Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat...



tunjukkanlah kami jalan yang lurus..


Agama dengan syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang hidup kita...
Kita juga diharuskan untuk selalu bermurah hati kerana hanya apabila kita dapat menjalankan tugas tersebut dengan penuh maka tercapai lah impian ke syurga..
Mungkinkah kita hidup dengan sempurna?

Berapa tekunkah kita menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita melakukan amal soleh agar dapat kita ke syurga...

Oleh kerana manusia tidak akn pasti dapat masuk ke syurga , maka banyaklah orang-orang yang tinggal dalam keragu-raguan , dalam kebimbangan dan dalam kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa agar ditunjukkan jalan yang lurus agar dapat mencapai syurga hakiki..

" Tunjuk kan lah kami ke jalan yang lurus.."
                                      ( al-fatihah: 6 )

Maksudnya tunjukkan lah kami jalan menuju ke syurga. Ini adalah idaman dan cita-cita setiap insan yang berakal..
Cuma yang masih menghairankan ada lagi para insani ( segelintir ) yang masih taksub dengan kehebatan duniawi sehingga sanggup memecah belahkan kehidupan , lalai dari melakukan segala amanah yang dipertanggungjawabkan..

-Autopost-

5 Cara Khusyuk dalam Solat


Alhamdulillah..syukur masih dipanjangkan umur untuk kembali bertemu dalam ruangan perkongsian ini.. kita masih berada dalam tajuk khusyuk dalam solat..
Dalam dua entri sebelum ini ada dipaparkan ciri-ciri untuk mencapai khusyuk dalam solat dan ada 7 ciri disitu , klik tajuk dibawah ini untuk entri yg sebelum nya:




Pada entri kali ini aku akan kongsikan 5 cara untuk khusyuk dalam solat..

 1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ] 
 Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat , niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengahdap ilahi. Disamping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Ini lah cara yang palin afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk

 2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ] 
 " Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah"
maksudnya: " Pandanglah satu diantara banyak , pandanglah yang banyak hanya satu.."

Kedua mata hendaklah dipejam pandang keatas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.

 3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ] 
 Untuk melahirkan solat yang khusyuk , sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah didalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin , tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun diatas dunia ini.

 4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah ] 
 Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita , seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mngatasi kudrat Allah SWT 

5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ] 
 Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.

 Cubalah kita lakukan yang bersesuaian dengan cara ini . InsyaAllah, kita akan dapat membezakan denga solat yang biasa kita buat kalau boleh cuba tengok sewaktu sebelum dan selepas solat. Berapa lamakah kita solat?? Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama 5 minit takkan jadi sesuatu yg luar biasa jika ianya lebih dari 5 minit jika kita buat dengan khusyuknya...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Sekadar perkongsian , maaf jika ada yang salah..
Sumber dari pembacaan.. 

Beberapa garis panduan atau pendekatan untuk menolong sesorang khusyuk dalam solat


Islam tidak menetapkan keterangan atau peraturan-peraturan secara langsung yang berkaitan dengan khusyuk dalam solat , namun didalam hadith Rasullullah ada dikaitkan dengan persoalan ini misalnya apabila seseorang yang hendak mendirikan solat sedangkan hidangan makanannya sudah disediakan maka junjungan kita memerintahkan supaya makan dahulu kalau waktu solat masih panjang lagi.
Selain daripada itu juga kita dilarang menahan kentut atau membuang air kecil atau besar sewaktu hendak mendirikan solat dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan kita bersama seorang ulama terkenal Hijjatul Islam Iman al-Ghazali ada mengeluarkan bebrapa garis panduan atau suatu pendekatan untuk menolong seseorang itu khusyuk dalam solatnya.

 Pertama:
  • Sesorang tu hendaklah mengetahui dan benar-benar memahami solat yang dikerjakannya.
 Kedua:
  • Hendaklah seseorang itu berhampiran dengan dinding atau sebagainya di sebelah hadapan.
 Ketiga:
  • Hendaklah pandangannya sentiasa ke arah tempat sujud.
 Keempat:
  • Tempat sujudnya itu janganlah hendaknya terdapat sesuatu gambaran atau lukisan dan sebagainya.

 Sebahagian besar ulama ataupun para guru menyarankan supaya kita meneliti setiap makna ayat-ayat yang dibacakannya. Maka dengan melalui cara ini , InsyaAllah Kita akan khusyuk dalam solat...

 Rasullullah pernah bersabda :
" Bermula Solat itu merupakn sebagai tiang agama , maka sesungguhnya sesiapa yang mendirikannya bererti ia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya bererti ia merobohkan agamanya.."

Sekadar Perkongsian..
sumber dari pembacaan... 

Khusyuk Dalam Solat


Adakalanya kita melihat orang solat bagaikan ayam makan padi belum sempat kepala menempel ditempat sujud telah bangkit semula dan tergpoh-gapah.
Apakah mereka itu khusyuk??
Kalau kita bertanyakan kepada para ustaz , bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk , 
secara amnya jawapan yang mereka beri ialah bacalah dengan mulut kemudiannya diertikan didalam hati.
Ianya betul tetapi agak sukar untuk dilakukan.

Pernah suatu ketika dahulu terdapat didalam sebuah majalah Indonesia " Panji Masyarakat "
yang ditulis oleh seorang ulama yang terkenal Prof. Hamka .
Seorang hamba Allah bertanya kepada beliau
" Bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk ?? "
Beliau menjawab :
" Aku sendiri sedang mencari kaedah untuk khusyuk dalam solat "

Berdasarkan al-Quran surah al-Qiamat :
Ayat 16:
" Jangan lah tergesa-gesa mengkumat-kamitkan bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaanya "
Ayat 17:
" Kami akan simpan dalam ingatan mu dan akan kami tetapkan bacaan dari mulutmu "
Ayat 18:
" Setelah selesai kami bacakan barulah kami membacanya "

Ini adalah bermakna anda perlu yakin seratus peratus sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu.
Sabar dalam mengerjakannya dan tidak lah perlu tergopoh-gapah. Redha dalam mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan . Selain itu ikhlas mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan . Kekuatan iman yakni yakin bahawa segala ketentuan Qada' dan Qadar datang nya dari Allah Azza Wajalla. Ilmu pengetahuan serta akal dan waras juga perlu bagi mengkhusukkan diri dalam solat..

Sekadar Perkongsian..
Sumber bacaan sendiri..

Manfaatkan Ilmu itu...




Permulaan hidup amat menyukarkan begitu juga permulaan blog aku ni....
aku pun xpasti dari mana sebenar nya datang idea nak berblog ni..

Itu bermakna aku mula melangkah ke dunia blog dengan zero kosong xde apa2 ilmu di dada tentang blog..

Apa-apa pun tujuan aku berblog  cuma nak berkongsi apa yang ada dekat dunia ni...selagi masih hidup perkongsian ilmu itu adalah tanggungjawab kita sebagai manusia....
Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak.
Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


faham hadis di atas??

 tidak semesti nya hanya yang mempunyai kelayakan shj yg boleh menyampaikan ilmu...

kita yg tak ada apa pengiktirafan pun boleh berkongsi ilmu selagi ia boleh membawa manfaat kepada kita ianya layak di gelar ilmu walaupn dengan hanya sebaris kata...

dan jangan la pula anda semua salah dalam menyebar kan ilmu seperti yang kita tahu sekarang macam-macam perkara yang telah banyak mempengaruhi anak muda sekarang...

MAKSUD KELEBIHAN ILMU YANG BERMANFAAT BUKAN LAH HANYA BILA SESEORANG ITU ALIM DALAM BIDANG al-QURAN ATAU MUNGKIN JUGA RAJIN BACA QURAN..

KENAPA BEGITU BOLEH LIHAT SINI



Masih dijajah ke aku??

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
semoga baik2 sahaja semua nya...
Alhamdulillah jumpa lagi kita ye..mana tak nye sejak dua menjak ni bz memanjang..
yang kerja dgn cara kerja nya yang study dgn cara study nya..

Pejam celik pejam celik..dh nak raya pun..
lepas raya pulak merdeka..mmg setiap 31 ogos tiap2 thn merdeka pun kan..
dah hampir 54 thn pun negara kita ni merdeka dalam erti kata lain bebas dari penjajahan..
tapi pernah ke korang terfikir betul ke kita-kita ni benar-benar merdeka??
atau merdeka hanya sekadar pada nama...??

lihat sahaja sekarang..
macam-macam bentuk penjajahan ada cuma kita sahaja yang tak sedar..
dan lebih teruk lagi kita salah seorang daripada yang dijajah..
itu semua berlaku dalam kita tidak sedar ada yang sedar pun buat-buat tak sedar..
yang tu memang aku tak boleh nak kata apa la..
nk nasihat cara baik pun kena sembur balik , nasihat cara kasar cakap kita ni kurang ajar padahal dia lagi kurang ajar...

Walau negara kita ni dah merdeka dah bebas..tapi rakyat-rakyat didalam nya ada lagi yang masih belum bebas , belum merdeka fikiran nya..
macam mana pula yang dikatakan fikiran bebas dn merdeka??
Adakah mereka yang tergolong dalam golongan freetinker , buat la apa sahaja sehingga tiada batasannya??
atau
Adakah mereka yang tergolong dalam golongan yang berfikiran sempit , kampung , kuno , tak terbuka buat itu salah buat ini salah??
Ada hati anda nilai , ada akal anda guna dan fikirkan sendiri....

Kadang-kadang tiada guna jika sekadar melaung , pasang bendera merata-rata jika semangat patriotik dalam diri tidak ada dan apa kejadahnya jika bawa bendera tapi tercecah ke tanah dan diseret macam kain buruk??
Lihat sahaja sekarang bendera bertaburan di jalanan terutama selepas sambutan 31 ogos..
tak pecaya lihat sahaja nanti??
kalau tak de nanti boleh saman aku...

kadang-kadang bila difikirkan balik..masih terjajah dan dijajah ke aku??







The power of niat



Assalammualaikum..
salam sejahtera...
pagi ni aku tak sempat nk taip entri...
bangun sahur pn lambat nasib baik sempat...hahahah
nampak sgt tido mati.....
aku cuma republish balik entri lama...
happy reading all...^_^


Jika seseorang itu selau terfikirkan tentang kemarahan maka marah la ia , jika keresahan maka resah la jadinya...jika memikirkan kejiwangan maka jiwang la dia...

eh...betul ke..???
Betul la tu kan...xkn la bila pikir pasal kesedihan tetiba korg gelak mcm org mintak daftar hospital jiwa...
So that the point...

Semua nya bermula dari apa yg kita fikirkan dan ia bermula dari kepala...
Betul difikirkan maka betul la jadi nya takkan salah pulak kn begitu juga sebalik nya...

err...kejap aku rasa mesti ada yang xpuas hati bila aq cakap semuanya bermula dari kepala..ha baek ngaku..hahah ok2 sambung baca...

Sebenar nya apa yang ada di otak mula-mulanya datang dari hati..apa yang ada dihati itulah yang akan disampaikan ke kepala/otak , apa yang sampai di kepala/otak itu yang dapat direalisasikan oleh diri dan apa yang direalisasi kan itu lah sebenar nya kita...fhm??
begini sebagai contoh...

korang selalu cakap.." aduh aq sakit la tak sehat..tak larat nak bangun..." 
korang mesti tau apa yang di cakap itu telah di set kan dihati [setting tu niat] dan apa yang telah di set kan dihati akan di send ke kepala/otak...jadi xpelik la bila keesokan hari nya anda mmg betul2 xboleh bangun sbb xlarat btl x??
Cuba korang ckp.." ahh...xpe aq sihat lagi boleh buat kerja..." hah kemungkinan besar xdela masalah untuk xlarat bangun kan...

Bagaimana pula klau dekat hati korang tu di set kan dgn setting-setting negatif??
seprti contoh..
" eh..menyampah la aku dekat si minah tu...bla..bla...."
" eee...sakit nya hati aku dgn si mamat tu dapat gf cun..."
" hoho..aku dah glemer siap dapat anugerah lagi.. kau ade..hahah..." [ riak ]
Dan segala macam lagi la klau aq senaraikan muntah biru korang nak baca...

ok..klau korang set kan setting2 sebegitu maka jadilah korang begitu...

" menyampah xtentu pasal.,"
" sakit hati xtentu pasal.."
" poyo xtentu pasal..."

klau ade pasal xpe jugak....err brape byk pasal da +_+"

Dari setting sebegitu la maka lahir nya kita2 yang berpenyakit seperti yang disebut kan diatas...
[ malas nk tulis balik nnt meluat plak korang nk baca byk2 kali bnde yg sama...hah tgk aq set kan malas la nk tulis..so xtertulis la bnde tu...^_^v]

Now see...semua nya bermula dari hati yakni niat kita kan?? bukannya kepala seperti mana yang aq cakap pada awal2 tadi...kepala/otak tu cuma perantara dari ilusi menjadi realiti...
sape yang skip baca tu aq xtau la kan...

Itu la sebab nya kenapa dalam beribadah tu kita perlu niat...
nak sembahyang pn kena niat...klau xniat nnt yang 3 rakaat jadi 4 rakaat...
nak puasa esok nya pn kna niat nnt terlupa plak yg kita ni puasa xpasal nnt bngun pagi bkak periuk...hahah..
knp semua bnde kita buat kena ada niat??
Ini adalah kerana THE POWER OF NIAT IS GREAT....


p/s: aku letih la..nk tido bleh..nasib hri ni cuti.....

Adakah islam anda hanya pada nama??




...ISLAM...

Sebaris kata ini selalu nya dapat dibezakan melalui agama yang dianuti oleh individu itu sendiri sama ada
dia seorang muslim atau pn tidak...

Dan itu adalah salah satu lumrah yang sgt diketahui umum...
Mungkin juga ada yang mengetahui nya lebih daripada itu dan aq yakin ia hanya sebilangan shj 
atau 
mungkin juga yang hanya mengetahui dari segi nama semata-mata..

hmm..terlalu byk kemungkinan disitu...:)

Islam sebenarnya adalah satu nama khusus bg agama yang diciptakan Allah SWT dan islam juga adalah
agama Allah SWT..
Hal ini begitu jelas sekali sebagaimana firman Allah...

" Sesungguhnya agama disisi Allah itu adalah agama islam "
[Surah al-Imran:19]

Dan dari situ jugalah yang akan membuatkan kita faham bahawa islam itu adalah Ad-Din 
iaitu sesuatu benda hidup yang sempurna yakni sesuatu peraturan hidup yang lengkap
[boleh rujuk wikipedia untuk penerangan lebih klik "Ad-Din " baca keterangan yg bawah sekali..]

Kesimpulannya disini..
cuba anda check balik peraturan hidup anda?? sudah cukup lengkap atau masih terikut2 peraturan yang dicipta oleh kehidupan duniawi?? 
Ya , memang xsalah untuk terapkan peraturan ciptaan duniawi ni dalam hidup..
yang cuba aq maksud kan disini peraturan2 yg tidak sepatut nya diterapkan 
yakni peraturan yang melalaikan dn mmbuat anda terpesong dari sirattulmustakim..

Faham apa yang cuba aq sampaikan??
Klau masih xfhm cuba renung kan kembali kehidupan anda sekarang??

Jangan islam hanya pada nama atau pun i/c semata2...



*aq tak kata aq baik..xsalah berkongsi rasa..:)

p/s : err..aku dh ada akaun fb sndri...




hati adalah segalanya


Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 "Yang bermaksud kekayaan itu bukanlah banyaknya harta tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)." (Riwayat Abu Ya'la) Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." 
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) 

 nak baca lagi??







actually ni blog kak sedara aku
dia baru ja dalam dunia blog ni...give her a support :)

dukacita dan kecewa?? hindarkan dan bersyukur



Kalau manusia berdukacita memikirkan kejayan dan kemuliaan yang telah lalu , kedukaan nya itu tidak akan berfaedah sama sekali sebab segala kejayaan yang telah lalu itu walaubagaimana pun diratapi tidak akan kembali lagi sedangkan masa 2 minit yang telah lalu pun tidak akn dapat di kejar dgn kelajuan cahaya sekali pun tdk akan diperoleh semula..

Apa guna meratapi yang telah lalu kerana keadaan ini akan merosakkan lagi perjalanan hidup kita..
cuba bayang kan jika anda selalu memikir kan hal ter sebut sehingga mengabaikan keperluan harian anda seperti makan dan minum bukan kah ia boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu??

Gejala ini timbul atas dasar kita sendri yang tidak punya keyakinan bahawa segala isi alam ini pada asal nya tidak wujud..Segala kemajuan dan segala yang kita sayangi semuanya itu datang kepada kita dan akan pergi jua dripada kita...jadi jangan selalu salah kan takdir..

Perasaan dukacita dan kecewa boleh dihindar dgn bersyukur diatas segala yang diperolehi dan menilai sesuatu yang diperolehi dan apakah rahmat di atas sesuatu yg ada atau terjadi pada diri kita itu??
Jangan sampai terlalu meratapi nikmat yang hilang , kita lupa akan nikmat yang sedia ada..
kan tak elok tu :)
Dan bila yang sedia ada itu hilang diratapi pula...
issh2..harap2 yang baca ni tak de la sampai mcm ni ye....
past is past...kita yang masih hidup kne jugak terus kan hidup ye igt tu jgn la nnt akhirnya menyesal xsudah..

Kesimpulan nya disini...
Kita mesti tanamkan rasa keinsafan dan kesyukuran di dalam jiwa kita..
Dan ingat bahawa segala yang kita perolehi dan segala yang kita ada tu adalah sementara...
Jika nikmat yang yang sgt kita cintai itu digunakan dengan baik dan yakin bahawa masa muda itutak lama maka kelak jika kita sudah tua kita tidak akan menyesali pemergian nya kerana semasa muda kita dah berjasa walaupan tidak lah terlalu banyak...:)

sekian....



sumber: nota sendiri..:)
p/s: pening aq cari tajuk utk entri ni...

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 3:FAKTOR POLITIK


Antara faktor-faktor politik adalah seperti berikut:
  1. Mencari kekayaan melalui politik
  2. penyalah gunaan kuasa
  3. Sifat pengampu atau mencipta watak2 mengampu untuk kepentingan diri sendiri
Adapun perkara2 yg tersebut diatas telah menjadi penyakit sejagat dan lebih membahayakan lagi ialah faktor yang pertama...iaitu mencari kekayaan melalui politik..
Target utama mereka ialah mencari harta kekayaan sebanyak mungkin tanpa menghiraukan soal2 yg berhubung dengan masyarakat yang dibawah kepimpinanya..
Apabila berhasil mengumpul kekayaan akhirnya mereka lepas tangan..
tanggung jawab yang sepatut nya di utama kan dibiar kan selepas menyeleweng duit rakyat..
patut kah begitu??

Maka dengan itu , jalan keluar yg terbaik adalah
rujuk hadis yg dipapar kan..

" Aku tinggal kan kepada mu dua perkara..jika kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...
iaitu kitabullah [al-Quran] dan Sunah-Ku "






*sumber: hmm aq pn lupe info buku mne 1 yg aq amik utk dicatat nota nye..:)
nota ni aq jumpe mse selongkar rak buku td..heheh
mungkin dgn perkongsian ini ianya mmberi manfaat...bkn nk up trafic blog ye..

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 2 : NAFSU

Nafsu selau dikaitkan dengan sifat-sifat yang buruk dan nafsu pada manusia dapat dibahagikan kepada
4 iaitu :

1. Rububiyah : menyombong diri...
2. Syaitaniah : tidak menerima kebenaran..
3. Bahamiah : tidak punya malu...
4. Sabu'iyah : bersikap diktatator atau kejam

satu cara yg paling berkesan untuk mengatasi masalh SYAITAN  dan nafsu tersebut ialah dengan peningkatan takwa....
sedangkan menurut Hasan al-Basri takwa boleyh dicapai dengan 5 perkara

1. Memilih diam dari berbicara benda yang tidak berfaedah
2. Memilih merendah diri daripada membangga diri
3. Memilih kesusahan dari istirehat
4. Memilih utk menanggung risiko daripada kenikmatan
5. Memilih mati daripada [persiapan akhirat ] drpd hidup [persiapan dunia]

* Maaf aq xbuat penerangan untuk entri kali ni....
menulis dalam keadaan sakit  hati memang mcm ni la jadi nya
kadang tu kesalahan diri kita yg org nampak sedang kan ada lg yg masih buat 
kesalahn yg besar di depan mata bermaksiat dpn rumah tidak pulak ditegur..
aq yg mengadap laptop ni pulak yg nk dimarah nya...
biler yg lain on9 xdela die nk kesah....aq sedar aq spe...
ya Allah aq dh mengutuk ni....hmm akhir coretan ~HanAlia
* lg 1 aq bkn terhegeh2 nk up kn trafic blog..coretan sekadar perkongsian...

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 1 : syaitan

Kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh umat manusia adalah masalah dan penyakit sejagat...
Ini bererti setiap  manusia mempunyai kesalahan , hal ini memang tidak dapat dinafikan lagi...

Yang menjadi perbezaannya alah taraf dan skop berlakunya amalan kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang itu.. Untuk menentukan sebab-sebab khusus yang mendorong seseorang melakukan kesalahan adalah terlalu berat dan tidak selalunya tepat..
Hanya secara umumnya beberapa faktor yang boleh di jadikan ukuran iaitu :

1. FAKTOR UMUM
* SYAITAN
* NAFSU

2. FAKTOR KHUSUS 
* KELEMAHAN INDIVIDU
* SOSIAL DAN BUDAYA
* KELEMAHAN KEPIMPINAN DAN SISTEM PENTADBIRAN
* POLITIK

UNTUK ENTRI KALI NI AKU CERITAKAN CONTOH SALAH 1 FAKTOR DIATAS...
FAKTOR UMUM : SYAITAN
Apa kaitan syaitan pula dalam entri kali ni...baca seterusnya :)

Seperti yang kita tahu..
Syaitan adalah musuh yang nyata kpd umat manusia..Dengan itu, syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia , walau dgn apa cara sekali pn
Justeru itu manusia yg lemah iman nya amat mudah dipermainkan oleh syaitan..
Ini adalah faktor yang menyebabkan manusia cenderung melakukan kesalahan...

FIRMAN ALLAH :
" Iblis menjawab : oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan yang lurus..kemudian aku akan mendatangkan mereka dari hadapan dan belakang mereka,dari kanan dan dari kiri mereka "
[ SURAH al-A'araf ]

syaitan adalah dari jenis makhluk jin
sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin. [al- Kahf 18:50]

 Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:
Allah berfirman:
“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”
 Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

 Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan.
 Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut,
setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
 Allah berfirman (kepada iblis):
 “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong- penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata- mata. [al-Isra’ 17:63-64] 

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. 
[al-Baqarah 2:34]

Mengapakah iblis enggan sujud? Dalam ayat 34 surah al- Baqarah di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa sebab iblis enggan sujud ialah takbur. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap takbur? Allah menjelaskannya dalam beberapa ayat lain. Para pembaca sekalian hendaklah memberi perhatian kepada penjelasan ini kerana mungkin sebahagian darinya ada pada diri kita sendiri tanpa disedari.


TAKBUR ADALAH SIKAP UJUB

UJUB ADALAH MERASAKAN DIRI ITU HEBAT..ITU ADLAH SALAH SATU DARI SIFAT SYAITAN SEBAGAIMANA DALAM AYAT DIBAWAH :



Allah     berfirman:     “Apakah     penghalangnya     yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, 
Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

* TAKBUR ADALAH SIKAP MENGHINA ORANG LAIN

INI JUGA ADALH SALAH SATU DARI SIKAP SYAITAN IAITU MENGHINA..
SEBAGAIMANA IA MENHINA BAHAN2 YG MENJADI ASAS CIPTAAN MANUSIA..


Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis 
patut  sujud kepada manusia  yang Engkau jadikan dia
menjawab: “Aku tidak 
dari  tanah  liat  yang  kering,  yang  berasal  dari  tanah
kental yang berubah warna dan baunya.” [al-Hijr 15:33]

Kalau sifat ni aku rasa..memang banyak berlaku dalam kelompok masyarakat kita...menghina2 kelemahan orang dan membangga2kan kelebihan sendiri....Sahabat2 harus ingat kelemahan dn kelebihan itu datang dari siapa?? adakah dari diri sahabat sekalian?? kalau ya bukti kan...
jika kalian mengemukan jawapan..." kelemahan tu mesti la sebab die yg xnk berusaha memajukan diri...kelebihan pulak mesti la sebab dgn usaha gigih die untuk mengubah nasib diri "

ya.. ada betul juga jawapan tersebut...tapi bila dipikir kan balik dari mana kita dapat rasa untuk ber usaha itu?? dan macam mana pula anda tahu org yg mempunyai kelemahan itu tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut...:)

Renungkan sejenak....
* Perlu kah anda berbangga dgn kelebihan diri sehingga menghina2 kelemahan orang lain ?
* Anda pasti? yakin 100% kelebihan anda itu menjamin hidup anda selamat tanpa gangguan dari siapa2 ?
* Betul kah orang2 yg mempunyai kelemahan itu akan hidup dibelenggu kelemahan tersebut? sehingga tidak memboleh kan mereka memperbaiki kelemahan tersebut??

Banyak lagi yg aku nk persoalkan dekat sini sebenarnya tapi bagi menjimat kan masa dan tidak membuat kan anda bosan dgn antri aku yang panjang berjela aku pendak kan je :)
jadi renung2 kan seketika...adakah anda hampir masuk dlm golongn itu atau sudah tergolong dalam golongan itu...jika ia cuba la memjauhi sifat itu cuba memperbaiki diri agar jadi yang lebih baik..
WALLAHUALAM



- SAMBUNGAN ENTRI SETERUS NYA NAFSU AKAN DATANG -
Sekian akhir coretan...








PEREMPUAN VS RAMA-RAMA [ARTICL ILUVISLAM]

Melihat gelagat RAMA-RAMA membuatkan ramai orang jadi suka, ceria dan terpesona.. Sesungguhnya itulah dia ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..Subhanallah!!.. Betapa indah dan sempurnanya penciptaan Allah.. Melihat pada kecantikan sang rama-rama, ana pasti ramai yang akan tersenyum.. Ia mengindahkan alam, malah menyerikan serta menyempurnakan sekuntum bunga.. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi sang rama-rama.. ;)

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya yang pastinya amat mempesona. Akan tetapi, kecantikannya tidak akan kekal selamanya jika banyak tangan yang menyentuhnya.



Warna dah corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama telah hilang untuk dikagumi.



Keindahan rama-rama adalah ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor yang mencemari tubuhnya. Ketahuilah wahai wanita, bahawa harga diri dan maruah mu adalah sangat berharga! Namun begitu, ianya mudah tercemar dan dicemari oleh sesiapa sahaja sekiranya ia tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna..

Begitulah WANITA.. Kecantikan wanita adalah ibarat rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah..

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahannya menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara..



Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dian akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikn solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh dan pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka akan dimuliakan Allah dengan memberi ganjaran istimewa untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..


Allahua'lam...semoga dpt memberi kebaikan buat semua..
(dipetik dr artikel iluvislam)

kenapa perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki???

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?


  • Ibu
  • Ayah
  • Remaja
  • Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof