Ramadhan Lesson Day 21-23: Dah rasa cukup baik cukup sempurna tapi tak pun sebenar nya...

gambaq kredit pakcik google




A: Jangan kutuk orang sangat beb..kata-kata belakang..

B: Alah dah memang betul si minah tu macam tu konon dah bertudung dah pakai sopan berubah la tu padahal nak cover diri die yang jahil ya amat..

A: Tak elok kau cakap macam tu mana tau dia dah betul-betul berubah,kau tahu orang pandang kau dah cukup baik dengan cara kau pakaian kau yang sopan tapi bila dah kenal nauzubillah...tak sangka aku kau macam ni..cepat betul kau judge orang aku tau la dari kecik kau dh di didik berkelakuan baik tapi tak semestinya orang yang jahat dulunya tak boleh nak berubah jadi baik...kau tak penah rasa jadi jahil kau tak tau..jangan fikir orang yang dah banyak beribadah tu banyak join aktiviti agama tu dah cukup sempurna keseluruhannya meski zahir nampak baik sejuk mata memandang tapi bati hanya tuhan je yang tau...:)
Aku pernah jahil aku tau perasaan tu...cari la jalan menuju redha-Nya bukan cari jalan kutuk-mengutuk bagi membezakan kau dengan orang lain yang belum cukup bagus dimata kau..mana tau dia cukup bagus dimata-Nya..:)

B: Emm...


Tak perlu bangga sebenar nya kalau dah rasa sembahyang dah banyak,ibadah banyak,zikir wirid dah banyak,kerja agama sudah banyak dibuat,suruhan-Nya pun dah banyak buat,tutup aurat memang dari kecik lagi dah dididik dah dibuat,pakaian-pakaian yang disarungkan pun dah cukup banyak buat orang cakap kau ni baik...
tapi tak pun sebenar nya selagi kau masih pikir kau ni dah cukup baik cukup layak untuk mengadili orang tu jahat, orang tu tak elok kalau dia tak buat semua tu..
Mana hilang nya rasa kehambaan kau? tak pernah fikir?
Mana rasa takut kau pada Tuhan malah kau mengadili mereka seperti kau itu tuhan..
Sebab apa? sebab kebaikan zahir itu dah menutup semua..
Tanpa sedar itu adalah kejahatan yang paling besar ia telah mencabut rasa kehambaan..
Sedangkan rasa kehambaan itu yang Tuhan nak bila dicabut rasa kehambaan kau tak nampak masa tu mula lah datang rasa ketuanan,ingat diri berkuasa dah cukup bagus malah lagi teruk bila dibiarkan akan datang pula perasaan sombong,bongkak dan riak..bahaya tu bahaya...

Sekali pun Rasullullah lagi beratus-ratus kali ganda amalan nya dari kau takde pun dia nak riak takde pulak dia nak bangga malah dia lagi mengajak umat-umat beliau yang lain untuk kembali kepada-Nya dengan cara elok bukan dengan kata belakang,mengumpat dan sebagainya..

#Entri ni tak tujukan kat sapa-sapa pun if terasa aku mintak maaf takde niat pun nak buat kau terasa...aku manusia dan sebagai manusia pun kena sama-sama beringat..aku buat salah..kau tak pernah buat salah? fikir-fikir la..

SALAM RAMADHAN...


"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK"

"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."


"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil...


Entri 100% copy dari blog ni

#dan aku suka ulang baca blog tu sebenar nya fev blog ever...:D

Ramadhan Lesson Day 20: Fokus??


ATAU




#Tak payah taip panjang pun dh tau kot ape yang nak disampaikan....:)
Salam Ramadhan..:)

Ramadhan Lesson Day 19: Ukhuwah itu indah


Sahabat,

" Kita Kawan Sampai Jannah ye...
Aku sayang korang sangat-sangat...:)"


Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri




Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).




* tak larat nak taip entri...asgmnt dh bertimbun...huhu ^_^

Ramadhan Lesson Day 18: Leave it and take it...

Leave it
And
Take it


# Rela lupa kan minat yang dah lama ditinggal kan (serius family aku xtau pasal tu) dari aku terus lupa jalan menuju-Nya...
Ianya sekadar minat tak ada effect apa2 kalau aku tinggalkan..betul tak? Rindu jgn nak kata la..
Even orang kata cool tapi bukan cool tu yang aku cari..
lagi pn aku perempuan xmanis (huhu...ye2 je)..:)
Sekarang mampu ambil pensil ketuk meja je...kantoi dgn lecturer tadi time buat autocad lecturer tu igt aku dah tingtong pening dgn autocad tu aku mampu gelak je...heheh :D


- Don't ask Allah to guide ur footprint if u r not willing to move ur step-

ingat tu...Salam Ramadhan...^_^

Ramadhan Lesson Day 17: Remember Me And I will Remeber you...


“So make remembrance of Me, and I will make remembrance of you. And show thanks to Me, and do not be ungrateful.” 
[Qur’an 2:152] 

# Remember Him all the time not when you have a problem....:)

Ramadhan Lesson Day 16: Maafkan sahaja itu lebih baik



"...Disaat hati dilukai..Disaat diri ingin meluahkan rasa amarah....
tetap kan kesabaran yg tinggi dihati sambil beristifar...
fikirkan kembali...
mereka-meraka yg melukai...
mereka-mereka yang buat kita rasa nak marah... mereka juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...:) 
Mungkin mereka pun tak sedar cara mereka itu salah...
Maafkan sahaja itu lebih baik...insyaAllah..."



#Thanks kawan dengar masalah aku semalam..kau faham aku...jangan la emo sangat aku ok lagi...^_^




Ramadhan Lesson Day 15: Remind myself what aurat truly means



"...Memakai Tudung Bukan Suruhan tetapi memakai sesuatu yang menutupi aurat mu itu suruhan yang wajib bagimu..."


Kena faham jugak tu selalu kita dengar eh pakai la tudung...
ok cun kau memang pakai tudung comey dah tu..tapi part-part lain kau spoil...
Serius ni kenyataan...

Lagi-lagi bulan puasa ni...
Ramai semua pakat pakai tudung....
Tudung pun tak de effect ape-ape2 selagi lengan nampak... baju sendat....
Aurat perempuan melitupi seluruh badan bukan setakat Rambut..


Mindset orang sekarang:
Ramai yg fhm tutup aurat pakai tudung...
tutup aurat pakai tudung....


Ni kalau nak cerita pasal aurat memang berjela-jela siap dengan hadis potongan ayat suci al-Quran bagai cukup entri pendek sudah la kot aku rasa...asal kan faham ape yg aku nak sampai...peringatan utk aku dn lain2..syok bercakap dgn diri sendiri ni bukan gila pun macam sesetengah orang ckp.. ni nama dia self motivation...^_^

Rasanya aku ade jugak buat entri pasal aurat ni...try tgk entri ni...
Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita



Ramadhan Lesson Day 1-14


"...Hidup ni tak bosan sebenarnya jika kita pandai penuh kan masa yang terluang dan selalunya terbuang dengan perkara yang berfaedah...(INGAT KEPADA-NYA)"





"..Thenceforth were your hearts hardened: They became like a rock and even worse in hardness. For among rocks there are some from which rivers gush forth others there are which when split asunder send forth water and others which sink for fear of Allah. And Allah is not unmindful of what ye do...." (AL-BAQARAH:74)


Selalunya bulan-bulan puasa ni la baru nak penuh kan masa dgn beribadah...sebelum-sebelum ni semua nya dibuat sambil lewa...Alhamdulillah Ramadhan kali ini memberi kesedaran yg begitu mendalam kepada diri yang lama hanyut...

Kadang kala bila imbas balik diri yg lama..YA ALLAH terlalu jahil nya aku...


#xnak update panjang2...cukup ape yg aku tulis ni menerangkan keadaan...