Ketakutan Pada Malam Pertama...

ehsan google
Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa lagi..
Apa khabar semuanya..
Syukur alhamdulillah jika baik-baik sahaja..
bagi yang kurang baik banyak-banyaklah bersabar ,bertawakal kepadanya dan akihir sekali redha dengan ujian-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya..

Berbalik kepada tajuk , Ketakutan Pada Malam Pertama??
Amboi laju je kau bila tengok tajuk malam pertama ye..
Tapi cerita kali ni
Bukanlah cerita malam pertama bagi yang dah berkahwin atau pun yang tak kawin lagi err..ade ke??
Tapi perkongsian/cerita kali ini berkisar tentang "Ketakutan Malam Pertama di Kubur"


Ibnu Umar berkata:
" Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya didunia . Tentu tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam rahim ibunya."


Siapa yang mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan nyata. Siapa yang tidak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh dan tidak ada lagi tipu helah yang dapat dilakukan walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah berkata-kata,pandai berbelit lidah,pandai memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi dialam barzah nanti , wajah mayat nya yang pucat itu jelas mengambarkan tiada guna lagi lidah yang dahulunya fasih berhujah.

Tangannya yang suatu ketika dulu menunjukkan kuasa akhirnya terikat dengan kapan sendiri.Kaki yang dulu kukuh menginjak kepala orang yang dianggap miskin dan hina kini menjadi habuan kala dan ular berbisa.Wajah yang dulu berseri-seri yang selalu dipuja-puja manusia kerana kecantikannya rosak binasa dimamah oleh semut tanah yang apabila mereka mula mengigit akan terasa sakit teramat sangat..
Mereka mula mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya , berpindah ke mulut busuk lantaran suka mengumpat, naik ke hidung yang sombong , kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan.Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi kerana marah akan kezaliman yang dilakukan dahulu.
Jika semua manusia boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa nescaya tiada lagi kehidupan dimuka bumi ini.

Masih adakah ketakutan yang lebih dasyat dari ketakutan melalui Malam Pertama di Kubur?
Bagaimana pula denga rasa sedih yang menghantui mayat terbuang sendirian?
Dimanakah isteri, anak dan saudara-mara yang dulu mengasihi?
Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan tidak lagi diperdulikan kamu yang sudah tiada..
Bagaimana perasaan lelaki atau wanita itu jika isteri atau suami mereka melupakan kisah cinta mereka berdua??

Perasaan sedih dan takut boleh mengoncangkan hati sesiapa saja didunia ini.
Tetapi kita boleh mengubati rasa sedih dan takut itu jika kita masih hidup..
Bagaimana pula bila kita sudah mati?
Siapa yang mahu menolong kita dari seksaan perasaan sebegitu?

Hanya Amal yang mampu menolong dan menemani ketika kita dalam ketakutan dan kesedihan ketika didlam kubur nanti.Mata yang membaca al-Quran , lidah yang suka berzikir, tangan yang sentiasa bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.Semuanya menjadi cahaya menyinar kegelapan didalam kubur kelak.
Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan kelak..



Renungan kembali:
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..



SUMBER: Sebahagian perkongsian melalui pembacaan.

* Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat...



20 comments:

  1. tiada dunia tiada akhirat dan kenapa allah menjadikan dunia juga harus diketahui dan allah tidak berkata hanya akhirat kamu akan selamat...

    ReplyDelete
  2. Hmm, takde sape tak takut mati sis. Selamat hari raya ;)

    ReplyDelete
  3. harap dpt sme2 ambik iktibar..nice post..~

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat baik.. Sombong dan bongkak lah seseorang tu kalau terlafaz daripada mulut bahawasanya dia tak takot mati..

    Kita datang dari-Nya dan akan kembali pada-Nya :')

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua..^_^
    kunjungan dan komen amat dihargai..

    ReplyDelete
  6. terus insaf, tak jadi nak pikir bukan2.hehe :)

    ReplyDelete
  7. kebnyakan orng hanya mengejar duniawi sahaja huhuhuh

    ReplyDelete
  8. nice sharing :)

    thanks han :D

    ReplyDelete
  9. kena selalu ingat pada kematian..setiap yang hidup pasti akan mati...

    ReplyDelete
  10. malam pertama dikubur sgt menakutkan..

    ReplyDelete
  11. malam pertama..ehem3ngee :D

    tp bila bc bwh2 tu..:(

    ReplyDelete
  12. mengingati mati adalah salah satu dari sifat2 mahmudah, sifat yg terpuji.

    ReplyDelete
  13. bile masuk cite alam kubur ni
    sgt takot
    emmm..
    kalo fikir, cm nak menangis pon ada
    sakit tonsil ni pon dh sakit sgt
    emm3..


    selamat hari raya aidiladha han! ;)

    ReplyDelete
  14. hhmm... muhasabah kejap baca entri ni.. kekadang lupa ajal maut sedang menanti.. =(

    p/s : han pompuan ke???... baru tau.. T^T

    ReplyDelete
  15. gary:la baru tau ka..patut la slalu panggil bro..huhu ^_^

    ReplyDelete
  16. kena banyakkan ibadat, sedekah amal jariah, jangan lakukan larangan Allah..semua manusia tahu, tapi bila syaitan dan nafsu menguasai diri..
    parah la..

    laaa..kau perempuan rupenya.

    ReplyDelete
  17. han, entri kalini matang.. hehe..

    <---takut mati. InsyaAllah kita smua tergolong dlm golongan org beriman. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  18. aku sentiasa berfikir adakah amalan baik aku banyak?

    nice sharing yaww

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi