Tetamu terakhir disaat pengakhiran kehidupan duniawimu



Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Entri kali ni adalah kesinambungan dari entri yang lepas..


Seperti apa yang tertulis pada entri yang lepas aku pasti tak semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kita pada malam pertama di alam kubur..
Yang pastinya orang yang pergi membawa amal yang penuh pasti akan kurang sedikit rasa takut pada malam pertama dia dikubur kerana dia diterangi cahaya yang menerangi kegelapan di alam tersebut begitu juga sebaliknya.

Anas r.a pernah berkata:

" Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah ,baik dengan membawa keredhaan-Nya ( hari kewafatan ) , dan kedua iaituhari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal , dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam , adalah malam pertama kali didalam kubur dan malam dimana pagi harinya dilenyapkan tatkala Hari Kiamat."

Berbalik kepada tajuk..
tahukah anda siapa tetamu terakhir tersebut??

Ketahuilah bahawa
kedatangan dia bukan lah kerana dahagakan hartamu yang bertimbun-timbun,
Kedatangan dia bukanlah kerana mahu dihidangkan makanan yang lazat daripadamu,
Kedatangan dia juga bukanlah kerana ingin meminta bantuan untuk membayar hutangnya atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu diselesaikan..
tidak sama sekali!!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Tiada siapa pun dikalangan kalian yang mampu mengagalkan misi nya meskipun dunia sekarang sedang gah dengan kuasa nuklear yang mampu membinasakan sesebuah jajahan dengan sekelip mata pun tidak mampu membinasakan misi nya.Wlaupun anda tinggal didalam istana yang serba lengkap dengan sistem kawalan yang serba lengkap, anda tidak akan dapat juga mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu..

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk,meminta izin tau membuat temu janji terlebih dahulu dia akan datang bila-bila waima dalam keadaan apa sekalipun..
Ketika kamu sedang sibuk atau bersenang-senang, sedang sihat atau pun sakit , semasa anda kaya atau sedang jatuh miskin , Sedang berfoya-foya tauapun sedang beribadah..

Sahabatku sekalian,
pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah , ia tidak akan dipengaruhi oleh ucapan manis mu yang dulu dapat mencairkan hati mana-mana wanita yang lemah atau merasuk mana-mana lelaki supaya sujud didepanmu...tangisanmu dulu yang boleh membuatkan orang sekeliling simpati akan keperitan dan kesedihan yang kamu lalui..Bahkan jika disogok denga harta setinngi langit pun dia tetap tidak akan berpaling dari urusanyang telah ditetapkan itu..

Sungguh!!
dia hanya mahu kan kamu bukan orang atau pun benda lain.. dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu!!!
DIA LAH MALAIKAT MAUT!!

Allah SWT berfirman:
" Katakanlah , 'Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu ; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut itu sesuatu yang pasti?
Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut bakal mengakhiri hidupmu dan juga segala aktivitimu, menutup segala lembaran amalmu?
Sedarkah anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan perjalanan usia sudah mendekati destinasi terakhirnya?

Mana persiapanmu untuk bertemu malaikat maut wahai sahabat ku?
Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya, menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dialam kubur , di padang mahsyar, ketika perhitungan hisab , ketika diperlihatkan lembaran amal mu, ketika melintasi shirath dan berdiri dihadapan Allah Al-Jabbar??

Dari ' Adi bin hatim r.a dia berkata , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak seoarang pun dari kamu melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat , tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikan nya dan memandang yang lebih sial darinya,maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya.Lalu memandang dihadapannya ,maka ia tidak melihat selain neraka dihapan muka nya. kerana itu takut lah api neraka walaupun dengan sebelah biji kurma dan walaupun dengan ucpan yang baik." 
Akhir kata..
Muhasabah lah keatas dirimu begitu juga aku..
disaat masa lapang fikirkan lah betapa cepat berakhirnya waktu hidup ini..

SUMBER: Sebahagian dari pembacaan..

7 comments:

  1. harap2 aq dah bersedia bila datang tetamu tersebut.. aq nak sambut tetamu tu dengan senyuman... insyaallah... =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...pengisian yang bermanfaat...cumanya, perlu dibetulkan di sini ("dia ingin membinasakan kamu") bahawa malaikat maut itu bukanlah mahu membinasakan kita, tapi sudah tanggungjawabnya untuk mencabut nyawa... :)

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak sunah sbb sudi menegur..^_^

    ReplyDelete
  4. aduhaii
    takotnye bile mengenang saat malaikat maut itu menghampiri diri
    tanpa disedari malaikat maut itu
    memang sering kali menjengah melawat kita setiap hari
    aduhaiii..

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi