Untukmu Sahabat:Jangan bersedih,Cinta Dia masih ada..




Bila bicara tentang hati,perasaan,kasih,sayang,cinta ni mesti kepala ni dah melayang-melayang fikir orang tu orang ni tapi yang satu tak pernah nak terlintas langsung..bila susah bila serabut baru ingat Dia....Kadang-kadang tu ada yang baru putus cinta atau cinta di tolak tak habis-habis nak menyalahkan takdir... 

Sahabat, 
Tak perlu lah menyalahkan takdir kerana DIA tahu apa yang DIA rencanakan untuk kita... 
Apa yang direncanakan itu adalah yang terbaik..
Ingat lah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. 
Terimalah dengan redha...:) 

Sahabat, 
Cinta ilahi pun kau segan untuk bergerak setapak.. 
maka tak perlu lah terlalu terkejar-kejarkan cinta dan kasih insani, 

Sahabat, 
Raihlah dahulu cinta DIA... 
Dambakan dahulu kasih DIA.. 
Jatuhkan air matamu dahulu kerana DIA... 

Bukan, Cinta insani yg buat kau kadang leka kepada DIA.. 
Bukan, Kasih insani yang buat kau terbuai hanyut.. 
Bukan, Jatuhkan air mata mu kerana ditinggalkan insani.. 
Bukan juga jatuhkan air mata mu kerana disakiti insani yang mengeji cinta mu... 
 [ Hana-0209/062312 ]


“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”

Yakinlah jika kau bersungguh meraih cinta DIA kau akan mula tahu apa makna disebalik perkataan cinta tersebut...
Cinta yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang itu cukup takut untuk melanggar perintah ALLAh yang kecil,apalagi yang besar..
Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya..


Tak guna kau serabut-serabut kan kepala pada benda yang belum pasti tu...
Tak perlu takut if kau kena tinggal dengan dia kalau betul dia jodoh kau pergilah dia sejauh mana pun sedalam lubang cacing mana pun kalau dah tertulis dia jodoh kau,kau tetap dapat die balik...
TAPI kalau DIA tinggalkan kan kau nak pandang kau pun dia tak nak...terumbang ambing lah kau tanpa arah tuju yang betul....




# Lepas ni jangan la sedih2 lagi ye...:)

*peringatan untuk aku jugak...


Entri Lain yang berkaitan: Cinta berlandaskan iman , cinta penuh bernafsu??

7 comments:

  1. cinta lepas semua tanggjwb da selesai la ;) selepas balajr, dan kawen.. senang ;)

    ReplyDelete
  2. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita :)

    ReplyDelete
  3. kena yakin dgn perancgn Allah.
    The best entri, han! Thumbs up

    ReplyDelete
  4. betol3! cik ana sokong sgt..
    yakin je Allah the best
    planner ^__^





    Luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  5. semuanya da ditentukanNya...kalau da tertulis dia la jodoh kita..tak ke mana pun...:D

    ReplyDelete
  6. sy suka entri ni, sbb ni yg berkaitan dgn sy skrg ni :) trima kasih igtkn sy :)

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi