Zikrullah Ubat Jiwa

 


Mengingati Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah,keinsafan akal budi dan keinsafan hati serta jiwa.
Dengan mengingati Allah manusia akan merasai ketenangan jiwa tanpa mereka sedari. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendatanginya.

Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya. Ia tidak boleh diungkap dengan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya hanya orang yang menghayati boleh merasakan hatinya diliputi oleh kemanisan iman.
Bahkan ianya seperti sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga berasa tenang dan damai.

Orang yang mengingati Allah didunia ini memperolehi ketenangan jiwa dan tidak ada orang yang paling menderita didunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdampingan dengan Allah. Sementara diakhirat pula mendapat keampuanan yang besar (Subhanallah...)

seperti firman Allah:
  "...dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah .Allah telah menyediakn mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." [Al-Azhab:35]


Rasulullah SAW adalah pimpinan dan model bagi orang yang berzikir. Baginda menyebut nama Allah pada setiap saat makan dan minum dan juga selepas selesai darinya begitu juga ketika memakai pakaian dan menanggalkannya,ketika masuk rumah dan keluar daripadanya ketika hendak tidur atau bangun daripadanya. Begitu juga dengan lain nya..
Lihat lah betapa tidak kenal erti letih dan lupanya Rasulullah dalam memperingati Maha Pencipta-Nya. 

Lihat kembali kepada kita adakah juga begitu atau hanya dipenuhi dengan carutan yang menghiasi bibir dan hati sebagai zikrulah..???

Kesimpulannya,
dengan mengingati Allah akan tersedar hati orang yang beriman terutama ketika syaitan cuba menjerumus dia kepada dosa sehinnga dia melakukannya dan dia tidak membiarkan dalam keadaan yang demikian...

"...Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." [Ali-Imran:135]

4 comments:

  1. kadang kala hati alpa dngn kenikmatan yng diberikan..

    ReplyDelete
  2. memang jiwa kita akan tenang je bila selalu mengigati Allah...:D

    ReplyDelete
  3. cantik awak design blog orang,buat tuk blog sy boleh??sy budak baru belajar.hehe

    ReplyDelete
  4. Jiwa manusia biasa tak mampu 24 hours untuk ingat Allah, tapi apa yang termampu ialah, setiap apa yang kita fikir dan lihat, kaitkan dengan Allah, insya-Allah mudah untuk kita ingat Allah.

    ^^

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi