Pembalasan Itu Pasti Ada

..dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.."
(Surah al-Kahfi,ayat 49)

Kehidupan manusia tidak konsisten di jalan Tuhan apabila keyakinan tidak tertanam kukuh dalam hatinya. Sekiranya hati tidak mantap bahkan percaya pembalsan mereka dimuka bumi ini bukanlah yang terakhir bagi mereka,maka selagi itulah manusia yang terbatas ini tidak percaya dia akan hidup di alam lain yang layak diperjuangkan.

Apabila seseorang menyedari adanya hari pembalasan  dan Tuhan adalah penguasa tungggal dalam erti yang sesungguhnya,maka ketika itu dia berasa tenang walaupun dia dianiaya oleh pihak lain kerana apabila adanya hari pembalasan,sekiranya dia tidak membalasdidunia maka Tuhan (Allah) raja hari pembalasan itu yang akan membalas bagi pihaknya..

Memang kita sering menjumpai mereka yang menerima balasan akibat perbuatan mereka didunia. Sekiranya kita perhatikan ada jugak mereka yaang ditimpa kesengsaraan akibatperbuatan mereka yang mengingkari perintah-Nya,namun begitu iahanya sebahagian sahaja bukan secara keseluruhan kerana kita sering jugak menemui orang yang hidup dalam nikmat dan kelazatan tanpamengalami sedikit kesedihan pun..tetapi ingat meraka ini tidak mungkin akana terlepas dari rasa gelisah dan resah akibat perbuatan nya.

Sebaliknya kita sering melihat orang yang baik-baik ditimpakan musibah,hak-hak mereka dirampas sekalipun demikian mereka tetap mengsyukuri apa yang diterima seperti ketenangan,kesihatan,keselamatan,kebersiahan harta benda serta akhlak yang terjaga..
Tetapi semua ini bukan lah ganjaran yang setimpal bagi mereka.

Apabila tiba hari pembalasan nanti setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan..
Seandainya baik perbuatannya maka baik lah balasan nya begitu juga sebaliknya...

Kesimpulannya..
Keyakinan akan adanya hari pembalasan memberikan kita pengertian hidup. Tanpa keyakinan itu,segalanya akan diukur dengan apa yang kita buat sekarang dan apa hasilnya kelak..
Manakala alangkah banyaknya perkara yang kita dituntut melakukan tanpa meraih hasilnya sekarang,serta alangkah banyaknya juga perkara yang hasilnya tidak mungkin disini ganjarannya..

#Ramadhan dah nak pergi...
Moga jumpa lagi..
Moga-Moga...

No comments:

Post a Comment

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi