Ramadhan Lesson Day 19: Ukhuwah itu indah


Sahabat,

" Kita Kawan Sampai Jannah ye...
Aku sayang korang sangat-sangat...:)"


Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri




Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).




* tak larat nak taip entri...asgmnt dh bertimbun...huhu ^_^

4 comments:

  1. huiii... mmg buat dari day 1 ka? ok kang ada masa aku tgk lessons apa yg lepas2 tu.. hehe

    one thing... dalam bab ukuwah ni.. kepercayaan la kena jaga... byk sungguh kes kawan makan kawan skang ni.. huhuhu

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi